Tuesday, December 2, 2014

Bisnes Main-Main Atau Main-Main Bisnes

Ramai yang tidak sedar secara sengaja main-main dengan bisnes mereka sehingga bisnes mereka rugi dan mahu tutup baru mereka sedar. Kesian kerana ada yang muflis akibat main-main dengan bisnes sendiri.

Ramai menyangka bisnes suatu yang boleh dijalankan dengan suka-suka tanpa ilmu dan ikut je telunjuk orang lain membuta tuli. Akibatnya, sendiri menanggung sengsara kerana tindakan yang tiada berilmu dan paling merugikan, tindakan dengan ilmu yang tidak betul.. Ini dipanggil "Yuran Kebodohan" usahawan.

Di sebalik cerita "kebodohan" usahawan ini, kita melihat ramai juga usahawan yang berjaya kerana mereka "Main-Main Bisnes" dengan mengaplikasi ilmu tindakan atau "actionable knowledge". Mereka ini menjalankan bisnes dengan membuat Pelaburan Kebijaksanaan dengan guru, mentor dan orang yang betul sebelum menjalankan setiap langkah mereka di dalam bisnes.

Kedua-dua keadaan ini ada akibatnya, BERJAYA atau KECUNDANG RUGI. Kita mampu memilihnya. Buat pilihan yang wajar dan serius untuk bermain-main bisnes, bukan main-main di dalam membuat keputusan bisnes yang serius.

Buatlah Bisnes, Baru Boleh Kaya!!!


Akhir-akhir ini apabila ekonomi negara (poket kita sebenarnya) meruncing, lagi ramai yang bercakap tentang buat bisnes boleh jadi kaya padahal yang bercakap tu pun bisnes baru nak mula atau lebih parah, tak pernah buat bisnes langsung.

Buah sulung nak ditanya, betul ke stigma masyarakat Melayu Islam ni?

Jawapan mudah bagi persoalan ini. KEJAYAAN ADALAH SESUATU YANG AMAT MANIS DAN INDAH TETAPI AMAT BURUK PERJALANANNYA.

Bukan mahu menakutkan sesiapa terutamanya yang baru berniat mahu masuk ke dunia bisnes tetapi mahu bakal-bakal usahawan bersedia dengan jalannya yang ramai pakar motivasi yang mencanangkan indahnya hidup berbisnes dan seronoknya dunia bisnes tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Berapa ramai manusia di luar sana yang kaya hanya dengan bekerja? Mengapa perlu pilih jalan bisnes? Berapa ramai pula orang bisnes yang jatuh miskin bahkan lebih teruk daripada keadaan semasa mereka bekerja dahulu?

Dunia bisnes bukan untuk semua orang. Dunia bisnes hanya untuk mereka yang terpilih kerana bersedia dengan betul. Bakat dan usaha disatukan di alam ini, bakat semata tidak berguna jika tidak diusahakan.

Dunia bisnes memerlukan manusia yang bersedia berasa selesa dengan ketidakselesaan kerana itulah faktor yang akan sentiasa mendorong kita agar tidak "tidur" sepanjang perjalanan kita di dalam dunia bisnes.

Dunia bisnes hanya memerlukan manusia yang mahu menjadikan hidup manusia lain lebih mudah dengan nilai-nilai kebaikan.

Sediakan minda, sediakan hati, sediakan fizikal untuk dunia yang mencabar dan menyeronokkan ini.

Selamat Datang Ke Alam Bisnes Usahawan Luar Biasa