Tuesday, December 2, 2014

Buatlah Bisnes, Baru Boleh Kaya!!!


Akhir-akhir ini apabila ekonomi negara (poket kita sebenarnya) meruncing, lagi ramai yang bercakap tentang buat bisnes boleh jadi kaya padahal yang bercakap tu pun bisnes baru nak mula atau lebih parah, tak pernah buat bisnes langsung.

Buah sulung nak ditanya, betul ke stigma masyarakat Melayu Islam ni?

Jawapan mudah bagi persoalan ini. KEJAYAAN ADALAH SESUATU YANG AMAT MANIS DAN INDAH TETAPI AMAT BURUK PERJALANANNYA.

Bukan mahu menakutkan sesiapa terutamanya yang baru berniat mahu masuk ke dunia bisnes tetapi mahu bakal-bakal usahawan bersedia dengan jalannya yang ramai pakar motivasi yang mencanangkan indahnya hidup berbisnes dan seronoknya dunia bisnes tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Berapa ramai manusia di luar sana yang kaya hanya dengan bekerja? Mengapa perlu pilih jalan bisnes? Berapa ramai pula orang bisnes yang jatuh miskin bahkan lebih teruk daripada keadaan semasa mereka bekerja dahulu?

Dunia bisnes bukan untuk semua orang. Dunia bisnes hanya untuk mereka yang terpilih kerana bersedia dengan betul. Bakat dan usaha disatukan di alam ini, bakat semata tidak berguna jika tidak diusahakan.

Dunia bisnes memerlukan manusia yang bersedia berasa selesa dengan ketidakselesaan kerana itulah faktor yang akan sentiasa mendorong kita agar tidak "tidur" sepanjang perjalanan kita di dalam dunia bisnes.

Dunia bisnes hanya memerlukan manusia yang mahu menjadikan hidup manusia lain lebih mudah dengan nilai-nilai kebaikan.

Sediakan minda, sediakan hati, sediakan fizikal untuk dunia yang mencabar dan menyeronokkan ini.

Selamat Datang Ke Alam Bisnes Usahawan Luar Biasa

No comments:

Post a Comment